Page 32 - Demo
P. 32
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202530PANTAI MERDEKA %u2013 Seramai 100 pelajar terpilih menerima bantuan keperluan persekolahan menerusi sumbangan wakalah zakat di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Merdeka.ADUN Pantai Merdeka, Ustaz Sharir Long berkata, bantuan ini merupakan sumbangan wakalah zakat bernilai RM10,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan kerjasama DUN Pantai Merdeka.%u201cPemilihan penerima dibuat oleh Majlis Ketua Kampung (MKK) melibatkan golongan asnaf, anak yatim serta keluarga B40 bagi membantu persediaan awal menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan,%u201d katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, inisiatif ini mencerminkan keprihatinan PKNK dalam memperkukuhkan kesejahteraan sosial di peringkat akar umbi.%u201cBantuan seumpama ini bukan sahaja meringankan beban kewangan ibu bapa, tetapi menjadi suntikan semangat kepada pelajar untuk terus berusaha dan cemerlang dalam pelajaran,%u201d ujarnya lagi.Ustaz Sharir mengharapkan program ini dapat memperkukuhkan kerjasama berterusan antara agensi kerajaan, kepimpinan masyarakat dan institusi zakat dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato%u2019 Wira Isahak Murat atas komitmen menyalurkan agihan zakat bagi manfaat golongan sasar di DUN Pantai Merdeka.Majlis penyampaian bantuan disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA PKNK, Datin Wira Noor Afza Osman dan Ketua Pegawai Operasi PKNK, Anita Salleh.PROGRAM BACK TO SCHOOL DUN PANTAI MERDEKA BANTU 100 PELAJAR ASNAF14 DISEMBER 2025

