Page 33 - Demo
P. 33


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202531ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah akan meneliti langkah perundangan seterusnya selepas mahkamah menolak rayuan Kedah untuk tidak memperbaharui lesen judi dan loteri.P e n g e r u s i J a w a t a n k u a s a Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, perbincangan awal akan diadakan bersama Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum perkara itu dibawa kepada penasihat undangundang negeri.Menurutnya, pandangan dan nasihat perundangan perlu diperoleh bagi menentukan tindakan susulan yang wajar diambil oleh kerajaan negeri.%u201cKita akan berbincang dengan penasihat undang-undang dalam masa terdekat sebelum sebarang tindakan susulan diputuskan,%u201d katanya, hari ini.Pada Jumaat, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Kerajaan Negeri Kedah melalui keputusan majoriti 2-1, dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati arahan Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen perniagaan bagi perjudian adalah tidak berperlembagaan.Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Lim Hock Leng dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Faizah Jamaludin menolak rayuan difailkan Kerajaan Negeri Kedah serta Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas alasan tiada merit manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi menentang keputusan itu.Ketika menyampaikan keputusan majoriti, Lim dan Faizah memutuskan, arahan Kerajaan Negeri Kedah adalah ultra vires serta tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Lim berkata, hal ehwal berkaitan perjudian dan loteri berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan kerana lesen untuk ejen serta pengusaha perjudian dikeluarkan dan dikawal selia oleh kementerian berkenaan.Faizah pula berkata, keengganan K e r a j a a n N e g e r i K e d a h memperbaharui lesen premis perjudian menceroboh kuasa Persekutuan dan menjejaskan kuasa Menteri Kewangan di bawah Akta Pertaruhan Wang Terkumpul.Sementara Azizah berkata, rayuan itu sepatutnya dibenarkan kerana kerajaan negeri membuat keputusan itu atas dasar awam.Dalam pada itu, Mansor turut menzahirkan rasa kekecewaan berhubung keputusan itu.%u201cSaya amat kecewa dan terkilan dengan keputusan perundangan itu yang telah menyekat hasrat serta usaha Kerajaan Negeri untuk mengharamkan sepenuhnya operasi premis perjudian berlesen di negeri ini.%u201cKeputusan ini jelas tidak mencerminkan aspirasi dan kehendak majoriti rakyat Kedah yang menolak kewujudan aktiviti perjudian,%u201d ujar beliau.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil itu tegaskan, dalam realiti sistem perundangan negara, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa akur kepada keputusan yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan, walaupun ia bertentangan dengan pendirian moral dan dasar pentadbiran negeri.%u201cKerajaan Negeri akan meneruskan us a ha mur ni ini dengan memanfaatkan sepenuhnya kerangka dan saluran perundangan sedia ada,%u201d katanya.Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu memutuskan tindakan Kerajaan Negeri Kedah menghentikan pembaharuan lesen premis perjudian berkuat kuasa 1 Januari 2023 sebagai %u2018tidak sah%u2019 dan %u2018tidak munasabah%u2019.Ia susulan enam permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh ejen dan syarikat pertaruhan serta pegawai kanan syarikat terlibat bagi mencabar keputusan tersebut.ISU LESEN JUDI: KEDAH RUJUK PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNTUK TINDAKAN SUSULAN14 DISEMBER 2025
                                
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37