Page 34 - Demo
P. 34


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202532ISU LESEN JUDI: TIDAK WAJAR DIBENARKAN KEMBALI DALAM MASYARAKAT, PUNCA KEROSAKAN MORALALOR SETAR - Aktiviti perjudian tidak wajar dibenarkan aktif semula dalam masyarakat kerana bukan sahaja dilarang oleh Islam dan agama lain, malah menjadi punca kerosakan moral dan perpecahan sosial.Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato%u2019 Ahmad Yahaya berkata, pendirian itu selari dengan dasar Kerajaan Negeri Kedah yang bertegas menolak sebarang bentuk aktiviti perjudian di negeri ini.%u201cSepatutnya pertimbangan moral dijadikan asas dan alasan kukuh dalam usaha menghapuskan aktiviti perjudian di negara ini kerana kesan buruknya jelas terhadap masyarakat,%u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan K e r a j a a n N e g e r i K e d a h menghentikan pemberian lesen premis perjudian.Pada Jumaat, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Kerajaan Negeri Kedah melalui keputusan majoriti 2-1, dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati arahan Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen perniagaan bagi perjudian adalah tidak berperlembagaan.Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Lim Hock Leng dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Faizah Jamaludin menolak rayuan difailkan Kerajaan Negeri Kedah serta Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas alasan tiada merit manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi menentang keputusan itu.Ketika menyampaikan keputusan majoriti, Lim dan Faizah memutuskan, arahan Kerajaan Negeri Kedah adalah ultra vires serta tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Lim berkata, hal ehwal berkaitan perjudian dan loteri berada di 12 NOVEMBER 2025
                                
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38