Page 13 - Demo
P. 13


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202511ALOR SETAR - Keputusan AirAsia membenarkan kru kabin wanita berhijab sebagai langkah tepat yang menghormati hak asasi wanita Muslimah serta selaras dengan tuntutan agama Islam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Mardhiyyah Johari berkata, kebebasan untuk berhijab dalam sektor pekerjaan sepatutnya sudah lama dilaksanakan oleh semua syarikat penerbangan memandangkan ia tidak menjejaskan profesionalisme mahupun operasi industri tersebut.Menurutnya, polisi baharu itu membuktikan pematuhan syariah boleh diterapkan tanpa mengekang prestasi pekerja, malah memberi keselesaan dan keyakinan khususnya kepada wanita Muslimah yang ingin menjaga aurat.%u201cKebebasan untuk berhijab yang diberikan kepada pekerja adalah lambang penghormatan kepada wanita Muslimah.%u201cDiharap kru kabin wanita dapat memanfaatkan polisi baharu ini dengan memilih pakaian lebih selesa, sopan dan mematuhi perintah agama. Pendekatan ini menunjukkan kebebasan berhijab dalam sektor pekerjaan adalah praktikal dan wajar diamalkan,%u201d katanya, di sini hari ini.Beliau turut menegaskan, dengan adanya polisi tersebut, tiada lagi alasan untuk mana-mana pihak menyekat wanita yang ingin menutup aurat ketika bertugas.%u201cSaya zahirkan penghargaan dan tahniah kepada AirAsia atas komitmen memperkenalkan polisi yang lebih inklusif.%u201cDifahamkan, kru kabin AirAsia kini boleh memilih untuk berhijab susulan penambahbaikan dasar pakaian syarikat penerbangan itu yang diumumkan baru-baru ini,%u201d katanya.Pada 5 Disember, AirAsia mengumumkan pembaharuan dalam polisi pakaian seragam kru kabin, yang membolehkan kru wanita mempunyai pilihan untuk memakai hijab semasa bertugas.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, ia selaras dengan budaya AirAsia dan evolusi berterusan yang dibentuk oleh maklum balas daripada semua.Kru kabin AirAsia sebelum ini telah menggunakan hijab sebagai sebahagian daripada operasi di beberapa laluan terpilih, seperti Jeddah di mana ia diwajibkan oleh peraturan tempatan.POLISI HIJAB AIR ASIA HORMATI HAK ASASI WANITA - ADUN PENGKALAN KUNDOR10 NOVEMBER 2025
                                
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17