Page 31 - Demo
P. 31


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 29SUNGAI PETANI %u2013 Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kekal utuh meniti abad baharu s elepas genap 100 tahun penubuhannya.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, memasuki abad baharu, KFA bertekad untuk terus memacu pembangunan bola sepak negeri dengan lebih profesional, inklusif dan mampan.%u201cSeratus tahun bukanlah tempoh yang singkat. Sepanjang satu abad ini, bola sepak Kedah telah melalui pelbagai pahit getir daripada era awal penubuhan, detik-detik kejayaan di pentas kebangsaan hinggalah kepada cabaran besar yang menguji kekuatan organisasi dan kesetiaan para penyokong,%u201d jelasnya.Tambahnya, penghargaan turut dirakamkan penghargaan kepada sektor korporat dan syarikat b e r k a i t a n k e r aj a a n y a n g menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan.%u201cPatik juga ingin merakamkan penghargaan yang setinggitingginya kepada sektor korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta para individu dermawan yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk sumbangan tunai, tajaan barangan mahupun kemudahan kemudahan lain,%u201d katanya.Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Santapan Tengah Hari bersama KDYMM Tuanku Sultan Kedah sempena Sambutan Kemuncak 100 Tahun penubuhan KFA di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani.Jelasnya lagi, sumbangan yang disalurkan bukan sekadar berbentuk material, malah m e n c e r m i n k a n s e m a n g a t kebersamaan rakyat Kedah terhadap bola sepak Kedah.%u201cKFA merakamkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa penganjuran yang dipengerusikan oleh YB Haji Muhamad Radhi Mat Din, seluruh jabatan dan agensi berkaitan sertatenaga kerja petugas yang berjaya menyediakan susun atur majlis dengan penuh dedikasi,%u201d ucapnya.100 TAHUN MENGIMBAU SEJARAH DAN PERJUANGAN KFASUNGAI PETANI - 23 OGOS 2025
                                
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35