Page 32 - Demo
P. 32


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 30ALOR SETAR - Mahkamah T i n g g i A l o r S e t a r mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membayar RM670,000 sebagai ganti rugi dan kos guaman apabila kalah dalam saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Mahkamah juga mengarahkan Saifuddin membuat permohonan maaf yang perlu diterbitkan dalam satu akhbar Bahasa Melayu dan satu akhbar Bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari serta terma permohonan maaf hendaklah diluluskan oleh Muhammad Sanusi.Tuntutan Saman fitnah Muhammad Sanusi terhadap Saifudin Nasution adalah berhubung kenyataan yang mengaitkannya dengan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) serta dakwaan salah guna dana di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (MARRIS).Hakim Mahkamah Tinggi, Dr. John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee, memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat Saifuddin ketika program Unity Tour dan pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Guar Chempedak pada 15 Julai 2023 adalah bersifat fitnah.Muhammad Sanusi diwakili oleh sepasukan peguam iaitu Yusfarizal Yussoff, Mohd Faizi Che Abu dan Wan Rohimi Wan Daud.%u201cSecara keseluruhan stigma kes ini perlu diberhentikan kerana apa yang dimomokkan oleh defendan bahawa MB Sanusi terlibat dengan kecurian REE adalah tidak benar sama sekali.%u201cApa sahaja kenyataan-kenyataan oleh defendan dan cybertrooper perlu dihentikan serta merta,%u201d ujar Yusfarizal Yussoff dalam sesi sidang media selepas selesai perbicaraan kes.FITNAH REE & DANA MARRIS: MAHKAMAH ARAH SAIFUDDIN MOHON MAAF, BAYAR RM670KALOR SETAR - 24 OGOS 2025
                                
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36