Page 39 - Demo
P. 39


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 37SARAWAK LENGKAPKAN KEPERLUAN BERAS NEGARA %u2013 MB KEDAHALOR SETAR - 28 OGOS 2025ALOR SETAR %u2013 Pengeluaran padi di Sarawak tidak menjejaskan Kedah, sebaliknya melengkapkan keperluan beras negara.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, langkah meningkatkan pengeluaran padi di Sarawak amat dialu-alukan dan memberi perkembangan positif kepada sektor pertanian negara.%u201cKalau Sarawak boleh menggantikan Kedah, menghasilkan lebih daripada keperluan kita, kita boleh bangunkan sawah kita dengan tanaman lain,%u201d katanya.Menurut beliau, usaha Sarawak meningkatkan pengeluaran beras tempatan adalah inisiatif yang baik dan perlu disokong kerana ia mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.%u201cKalau Sarawak boleh meningkatkan pengeluaran padi, kita tak perlu import lagi. Kita boleh guna tanah kita untuk perkara lain juga,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media di Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah 2025 di Taman Jubli Emas, Alor Setar.Tambahnya, Sarawak wajar memperluaskan pengeluaran padi kerana negeri itu memiliki kawasan tanah yang luas.%u201cSaya rasa Sarawak tak perlu menggantikan tetapi melengkapkan, sebab pengeluaran Kedah tak cukup untuk negara ini,%u201d jelasnya.Namun begitu, beliau turut menjelaskan bahawa pelaksanaan bagi meningkatkan pengeluaran padi memerlukan kos yang tinggi.%u201cSaya tau kosnya tinggi, jadi saya ucapkan selamat maju jaya kepada Sarawak,%u201d katanya.
                                
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43