Page 38 - Demo
P. 38
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 36ALOR SETAR %u2013 Cabaran global memberi tekanan kepada petani, peladang dan penternak untuk beradaptasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman melalui inovasi, ilmu dan semangat keusahawanan yang baharu.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, usaha memajukan sektor pertanian perlu diberi galakan dan dorongan agar warisan pertanian, penternakan dan perikanan yang telah lama wujud dapat diteruskan melalui penggunaan jentera dan teknologi baharu.%u201cSatu perkara yang saya dapati masih agak kurang di negara kita berbanding petani, peladang dan penternak di luar ialah semangat keusahawanan. Tidak ramai yang bersungguh-sungguh dengan keazaman, kreativiti dan disiplin berusaha untuk menjadi seorang usahawan tani atau disebut sebagai agropreneur.%u201cSaya tidaklah katakan kesemua petani, peladang atau penternak kita tidak ada daya usaha seperti ini tetapi tidak ramai. Hanya segelintir sahaja yang nampak masa depan dalam bidang ini,%u201d jelasnya.Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 di Taman Jubli Emas, Alor Setar.Jelasnya, masalah ini turut timbul apabila terdapat peraturan mengawal yang hanya membenarkan benih padi, baja dan racun tertentu yang dipatenkan sahaja tanpa melihat kesesuaian bagi kegunaan di tempat tertentu.%u201cSaya mengambil kesempatan di sini untuk minta perhatian Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengiktiraf kebijaksanaan dan pengalaman petanipetani kita untuk menentukan sendiri benih, baja dan racun yang harus mereka gunakan,%u201d ujarnya.Beliau menegaskan, perkara ini telah menghimpit kehidupan golongan petani dengan masalah ketiadaan benih padi, benih yang tidak berkualiti serta pelbagai masalah lain sehingga mengalami kerugian ke atas hasil tuaian.Tambahnya, kerajaan negeri kini sedang memproses pengeluaran padi sendiri bagi kegunaan tempatan demi kesejahteraan para petani di Kedah.%u201cSyabas saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Dzowahir, Exco Pertanian kita yang telah bekerja keras sampai ke Indonesia untuk mendapatkan benih padi yang terbaik bagi kegunaan petani-petani di Kedah dari varieti HMS 700 dan HMS 70D,%u201d ucapnya.Beliau turut berharap agar petani, peladang dan penternak terus proaktif dan berinovasi dengan sokongan kerajaan negeri serta memberi komitmen dalam memperkasa sektor agromakanan.%u201cDemikianlah pentingnya peladang, penternak dan nelayan dalam kehidupan semua orang. Mereka adalah tulang belakang kepada pengeluaran makanan dan sumber kehidupan rakyat di negara ini. Keberanian dan kesungguhan dalam menceburi bidang ini amat membanggakan saya dan saya doakan agar mereka terus maju jaya,%u201d katanya.CABARAN GLOBAL TUNTUT PETANI KELUAR ZON SELESAALOR SETAR - 28 OGOS 2025

