Page 35 - Demo
P. 35


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 33ALOR SETAR - Lebih 1,500 mahasiswa sertai Bakti Siswa akan dihantar ke 36 buah DUN seluruh Kedah.Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, tujuan Bakti Siswa diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk memahami dan mendekati penduduk kampung yang ada di luar sana.%u201cApabila kalian mengambil tampuk pemerintahan negeri dan negara nanti, kalian akan fahami realiti nasib rakyat dan harus kalian garapkan dasar-dasar yang baik, lagi mulia untuk menyantuni semua.%u201cLengkapkan diri, turun ke kampung desa santuni semua, tunjukkan akhlak mulia dan hormati yang tua serta kasihi golongan muda,%u201d ujar beliau dalam Majlis Perasmian Bakti Siswa Perdana Negeri Kedah bertempat di Dewan Insaniah, di sini hari ini.Jelasnya, ambillah segala pengalaman di kampung sebagai pedoman untuk meneruskan kehidupan di kampus dan sebagai pemimpin yang berwibawa suatu hari nanti.Katanya lagi, anak Kedah mempunyai hak untuk memperjuangkan dan membangunkan negeri ini menjadi The Greater Kedah.Menurut beliau, Kedah merekodkan satu pencapaian luar biasa kerana telah berjaya menarik masuk pelaburan berjumlah RM45.8 bilion iaitu kedudukan pertama dalam Malaysia bagi sektor pembuatan.Tambah beliau, mahasiswa perlu belajar bersungguhsungguh untuk mengisi kekosongan dalam industriindustri itu di Kedah dalam %u2018Multinational Company%u2019 (MNC), %u2018Government Link Company%u2019(GLC) dan Pegawai Tadbir Negeri.%u201cJadi kita nak ramai engineer, accountant, legal advisor dan semua kategori professional terdiri daripada anak Kedah.%u201cDan kita mengharapkan dalam tempoh 20 tahun akan datang, akan ramai C-Level daripada kalangan anak kedah di MNC-MNC di negeri kedah ini,%u201d ujarnya lagi.LEBIH 1,500 MAHASISWA SERTAI BAKTI SISWAALOR SETAR - 27 OGOS 2025
                                
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39