Page 36 - Demo
P. 36


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 34ALOR SETAR %u2013 Anak muda Kedah menjadi tonggak kebangkitan dan aset terpenting dalam menjayakan aspirasi The Greater Kedah.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, masa depan negeri dan negara menuntut sumbangan tenaga, akhlak dan kepimpinan an a k - an a k mu d a s e b a g ai penyumbang utama kejayaan The Greater Kedah serta mengangkat maruah negeri dan negara di persada dunia.Jelasnya, kerajaan negeri mengambil i n i s i a t i f m e m p e r k u k u h pembangunan diri anak muda dengan menghidupkan semula Tabung Tunku Mahmud.%u201cBagi memberi penghargaan kepada seluruh mahasiswa anak Kedah, kerajaan negeri bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM3,000 kepada 20 persatuan mahasiswa anak Kedah di universiti dalam dan luar negara. Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM60,000,%u201d katanya.Tambahnya lagi, pelbagai bantuan turut disediakan termasuk Bantuan Awal Kemasukan IPT (iBAKIPT), Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Yayasan Islam Negeri Kedah bagi memastikan peluang pendidikan dan pembangunan sahsiah terus digilap.%u201cInilah bukti bahawa negeri ini menyayangi dan menghargai anakanak muda sebagai aset penting dan bernilai,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Bakti Siswa Perdana Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 di Dewan Insaniah, Alor Setar.Beliau turut berpesan supaya anak muda memanfaatkan peluang yang disediakan untuk membangunkan diri, bukan sekadar untuk kepentingan peribadi, tetapi juga untuk menabur bakti kepada keluarga, masyarakat dan masa depan negeri.%u201cSeperti kata Imam Al Ghazali, bagaimana kamu mahu melihat masa depan sesebuah masyarakat atau negara, lihatlah anak-anak mudanya pada hari ini.%u201cSaya ingin mengajak para mahasiswa sekalian, tanamkan azam untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada kebangkitan negeri ini agar kita dapat menjadi sebuah negeri hebat kembali, sebagaimana kita pernah menjadi empayar terhebat pada masa lalu,%u201d ucapnya.KERAJAAN NEGERI PERKUKUH POTENSI ANAK MUDA, PACU ASPIRASI THE GREATER KEDAHALOR SETAR - 27 OGOS 2025
                                
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40