Page 37 - Demo
P. 37
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 35ALOR SETAR %u2013 Projek L a p a n g a n Te r b a n g Antarabangsa Kulim (KXP) kini hanya menunggu dua lagi syarat dipenuhi sebelum dapat diteruskan.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa daripada lapan syarat yang ditetapkan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN), k e r a j a a n n e g e r i s u d a h menyelesaikan enam daripadanya.%u201cProjek KXP ada lapan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dan kita sudah memenuhi enam syarat,%u201d ujarnya.Beliau menjelaskan, kedua-dua syarat berkenaan melibatkan Kerajaan Persekutuan dan tidak berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.%u201cJadi kerajaan negeri hanya menunggu komitmen daripada Kerajaan Persekutuan.%u201cBerbaki lagi, National Aerospace Strategic Plan (NASP) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Aerodrome Licence adalah di bawah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),%u201d ulasnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media di Majlis Pelancaran Program Bakti Siswa Perdana Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 di Dewan Insaniah, Alor Setar.Menurut beliau, dalam mesyuarat yang berlangsung dua bulan lalu, K e r a j a a n P e r s e k u t u a n memaklumkan bahawa NASP dijangka siap dalam tempoh lapan bulan.%u201cJadi sekarang kita tunggu NASP berbaki lagi enam bulan,%u201d katanya.Tambahnya, beliau berharap tempoh menyiapkan NASP dapat dipatuhi seperti perjanjian tanpa melambatkan lagi proses kelulusan projek tersebut.%u201cKita juga telah memohon agar tempoh kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara disambung lagi lima tahun oleh kerana dua syarat tersebut masih tergantung,%u201d ujarnya.KXP: KERAJAAN PERSEKUTUAN DIHARAP PATUHI PERJANJIANALOR SETAR - 27 OGOS 2025

