Page 12 - Demo
P. 12
Bengkel Pemurnian Dasar Pembangunan Insan merupakan permulaan penting kepada satu pelan tindakan strategik yang bakal membentuk halatuju pembangunan insan di negeri Kedah bagi tempoh 2025 hingga 2030.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato%u2019 Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali pembangunan sesebuah negeri tidak boleh hanya bergantung kepada infrastruktur dan ekonomi semata-mata, tetapi perlu didasari oleh kekuatan modal insan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.%u201cMelalui bengkel ini, kita mengorak langkah untuk menetapkan hala tuju strategik yang lebih jelas, bersasar dan bersepadu dalam pembangunan insan di negeri ini,%u201d ujarnya dalam Perasmian Bengkel Pemurnian Dasar Pembangunan Insan Negeri Kedah bertempat di Raia Hotel di sini, hari ini.Jelasnya, terdapat tiga fokus utama bengkel iaitu bagi mendalami realiti sebenar situasi dan permasalahan yang berlaku dalam kalangan rakyat; seterusnya, memberi gambaran awal terhadap hala tuju Blueprint Pembangunan Insan Negeri Kedah dan ketiga membentuk kerangka asas kepada blueprint ini yang akan digarap dengan lebih tuntas selepas proses pemurnian bengkel.Katanya, pendekatan %u2018whole of society%u2019 turut menjadi antara teras penting dalam blueprint ini menelusuri penglibatan masyarakat akar umbi, badan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan, pemimpin komuniti dan semua segmen yang ada.Tambah beliau lagi, dengan kerjasama semua pihak dapat menghasilkan pelan pembangunan insan yang benar-benar realistik, menyeluruh dan menyokong dasar-dasar utama negeri seperti The Greater Kedah dan Pelan Kedah 2035.%u201cSaya percaya, melalui sesi-sesi dalam bengkel ini, para peserta akan dapat memberi pandangan, cadangan dan input yang bermakna dan kritikal.KEDAH RANGKA HALATUJU BAHARU DASAR PEMBANGUNAN INSANALOR SETAR- 16 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 11%u201cSaya mengharapkan agar bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi titik tolak kepada penyempurnaan Blueprint Pembangunan Insan Negeri Kedah 2025%u20132030 yang lebih inklusif, menyeluruh dan berpaksikan realiti sebenar,%u201d

