Page 13 - Demo
P. 13
Sungai merupakan nadi kehidupan yang menyimpan pelbagai khazanah alam yang tidak ternilai.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani berkata usaha menghidupkan semula sungai-sungai di negeri ini menjadi tumpuan utama kerajaan negeri Kedah.Menurut beliau, sungai perlu dipulihara bukan sahaja oleh kerajaan dan agensi berkaitan, malah perlu melibatkan penyertaan aktif masyarakat setempat, termasuk komuniti nelayan.%u201cTerlalu banyak khazanah yang ada dalam sungai kita. Ia menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihannya,%u201d ujar beliau dalam Majlis Perasmian Program Inventori Perikanan Darat dan Pemburuan Spesis Ikan Asing Peringkat Negeri Kedah bertempat di Perkarangan Masjid Al-Iman, Alor Madi.Jelas beliau, antara inisiatif yang sedang dijalankan termasuklah program menangkap spesis ikan asing yang tidak sepatutnya berada dalam sungai, di bawah kelolaan Jabatan Perikanan.%u201cIkan-ikan asing ini mengganggu ekosistem sungai kerana memakan ikan asal dan membina sarang di tebing sungai yang boleh menyebabkan hakisan.Tambah beliau, walaupun usaha menghapuskan sepenuhnya spesies ikan asing sukar, kerajaan yakin pembiakannya boleh dikawal bagi memastikan kelestarian ekosistem sungai dan sumber pendapatan nelayan darat terjamin.Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada ahli persatuan yang berjaya menubuhkan Persatuan MyKP yang dijangka mampu menggerakkan lagi aktiviti berkaitan nelayan darat.%u201cDengan adanya persatuan seperti ini, aktiviti nelayan darat akan lebih meriah dan pihak Jabatan Perikanan juga dapat menyalurkan lebih banyak bantuan,%u201d tambah beliau.USAHA HIDUPKAN SEMULA SUNGAI: KOMITMEN KERAJAAN DAN MASYARAKAT DIPERLUKANALOR SETAR - 17 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 12

