Page 14 - Demo
P. 14
Kerajaan Negeri Kedah memandang serius isu ancaman harimau di Mahang, Kulim dan menggesa agar tindakan segera diambil.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berkata laporan berhubung kewujudan harimau di kawasan berkenaan telah dikemukakan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.%u201cKita harap isu ini dapat diselesaikan segera dan PERHILITAN ambil tindakan segera untuk menjamin keselamatan,%u201d katanya sewaktu sidang media selepas Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.Tambahnya, tindakan segera perlu diambil dalam tempoh satu atau dua hari bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.Selain itu, aduan telah diterima mengenai kewujudan kesan tapak kaki harimau di kawasan berkenaan dan hampir 20 ekor lembu dilaporkan terkorban akibat serangan haiwan itu.Jelasnya lagi, perangkap telah lama dipasang oleh PERHILITAN di beberapa lokasi termasuk di kawasan Hutan Mahang, Pulau Dingin hingga ke Sedim.Turut dimaklumkan, satu taklimat akan diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar bagi membincangkan langkah susulan dalam menangani isu berkenaan.Pasukan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) akan bertanding di Liga A1 Semi-Pro.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pengumuman berkenaan pengenalan pemain-pemain dan pegawai pasukan KFA bakal diumumkan pada minggu kedua bulan Julai.%u201cSenarai pemain masih lagi dirahsiakan.%u201cKita dah ada jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan dan akan memulakan latihan untuk memasuki pertandingan dalam Liga A1 bermula bermula Julai,%u201d ujarnya.Beliau turut menjelaskan mengenai kehadiran pasukan lain yang ingin mendaftarkan Stadium Darul Aman sebagai %u201cHome%u201d (tuan rumah).%u201cAda orang marah pasai kita tak bagi. Nak pakai Stadium Darul Aman tu tak bolehlah, sebab saya difahamkan pasukan tu pasukan imegresen.%u201cImegresen ni di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), jadi saya nasihatkan oleh kerana dia di bawah KDN, dia boleh Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Pulau Pinang ada dua stadium, Batu Kawan ada, Bandaraya ada,%u201d jelasnya.Jelasnya lagi, penggunaan Stadium Darul Aman adalah dibenarkan tetapi untuk mendaftarkan %u201cHome%u201d (tuan rumah) tidak dibenarkan kerana pasukan yang mewakili negeri Kedah telah ada.ANCAMAN HARIMAU DI MAHANG: KERAJAAN NEGERI ARAH TINDAKAN SEGERAKFA SERTAI LIGA A1 SEMI-PRO, PENGUMUMAN PEMAIN JULAI INIALOR SETAR - 18 JUN 2025 ALOR SETAR - 8 MEI 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 13sumber: google

