Page 20 - Demo
P. 20


                                    Pengeluaran benih padi bakal segera diperkenalkan bagi memaksimumkan hasil pengeluaran padi di negeri Kedah.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa jenis benih padi yang mempunyai kelebihan tersendiri berbanding benih padi yang sedang digunakan di negara ini.%u201cPengeluaran benih padi yang sedang dirancang ini masih di peringkat pemilihan jenis benih padi yang bersesuaian untuk digunakan oleh para pesawah di negeri ini.%u201cTerdapat dua jenis variety yang akan dibuat kajian lebih mendalam iaitu HMS700 dan HMS70D bagi dibuat penilaian daripada setiap aspek bagi melihat mesesuaian utnuk ditanam di negeri ini,%u201d jelasnya.Tambahnya, Kerajaan Negeri Kedah melalui kerjasama Agensi Nuklear Kebangsaan dan UiTM kini sedang mengkaji mengenai beberapa variety baharu yang dilihat mampu memperkembangkan benih padi sedia ada di tapak benih padi.Jelasnya, tapak benih padi dengan keluasan 20.5 hektar di Kampung Sungai Mati, Tobiar, Pendang merupakan kawasan yang dikelola oleh syarikat persendirian yang bekerjasama rapat dalam menjadikan kawasan tersebut berfungsi sebagai tempat lahirnya benih padi pertama di Kedah.%u201cPihak Malaysian NPK Fertilizar NAFAS juga membantu dalam penyaluran input tambahan serta pembaikan struktur tanah agar benih padi yang ditanam sesuai dan bermutu,%u201d katanya.Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.%u201cPerbincangan bersama pengkaji-pengkaji benih padi tidak terhad di dalam negara sahaja, pihak China Agriculture Technology Institute dari Chongqing China juga ada menawarkan usahasama untuk membawa masuk varieti benih padi hybrid yang dikatakan dapat meningkatkan hasil padi sehingga 19 tan per hektar.%u201cBanyak negara-negara pengeluar beras yang telah menggunapakai varieti benih padi hybrid ini, yang terbukti dapat meningkatkan hasil padi seperti India, Vietnam, ffailand dan Myanmar,%u201d ujarnya.BENIH PADI HYBRID BAKAL TINGKATKAN HASIL SAWAHALOR SETAR - 22 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 19
                                
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24