Page 21 - Demo
P. 21
Kerajaan negeri Kedah mengambil langkah proaktif dengan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah PERKESO kepada seluruh Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Setiausaha MKK di seluruh negeri.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen, jumlah keseluruhan yang terlibat adalah seramai 2,480 orang dengan kos keseluruhan berjumlah RM173,600 bagi tempoh setahun.Jelas beliau, Skim ini memberi perlindungan keselamatan sosial kepada individu yang bekerja sendiri, khususnya daripada bencana pekerjaan, termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan tugas.%u201cTakrif bencana pekerjaan sendiri merujuk kepada sebarang kecederaan yang dialami oleh orang berinsurans semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri, termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti tersebut.%u201cSelain itu, penyakit pekerjaan merujuk kepada penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.%u201cSkim ini menyediakan pelbagai bentuk perlindungan dan faedah antaranya faedah tunai kepada orang berinsurans dan tanggungannya, rawatan perubatan, pemulihan jasmani, serta latihan vokasional,%u201d ujarnya dalam sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan NegeriKedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Katanya, kerajaan negeri juga menyambut baik cadangan ADUN Kota Darul Aman untuk memperluaskan pelaksanaan skim ini kepada golongan penjaja, dengan penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai agensi pelaksana.%u201cSaya sendiri akan mengambil inisiatif untuk berbincang bersama YB Kuala Ketil, Exco Kerajaan Tempatan, bagi melihat kaedah terbaik untuk merealisasikan cadangan ini demi memastikan golongan penjaja turut mendapat perlindungan yang sewajarnya,%u201d ujar beliau.Tambahnya lagi, langkah itu selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memelihara kebajikan semua lapisan rakyat, khususnya golongan yang bekerja sendiri dan terdedah kepada risiko pekerjaan harian.SERAMAI 2,480 MENCARUM SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) PERKESO DI KEDAHALOR SETAR - 22 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 20

