Page 22 - Demo
P. 22


                                    Kerajaan Negeri Kedah beri perhatian terhadap pembangunan sukan para menerusi peruntukan khas sebanyak RM50 ribu.Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din berkata, peruntukan bagi program pembangunan tersebut akan digunakan untuk melaksanakan latihan pusat sebagai persediaan awal kepada atlet Temasya Para SUKMA tahun 2026.%u201cLatihan pusat ini dapat membantu atlet untuk meningkatkan prestasi mereka dalam sukan dan secara tidak langsung mereka juga akan lebih bersemangat dan lebih bersedia untuk menghadapi Temasya Para SUKMA,%u201d jelasnya.Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman.Tambahnya, latihan berterusan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam memperkasakan sukan OKU dilihat signifikan dalam usaha mempertingkatkan prestasi atlet OKU.%u201cKerajaan negeri sentiasa bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah mengambil langkah proaktif dalam pembangunan para ini dengan cadangan mewujudkan sebuah Pusat Kecemerlangan OKU dan sukan untuk semua,%u201d ucapnya.Jelasnya lagi, Pusat Kecemerlangan yang bakal diwujudkan akan menempatkan infrastruktur moden dan lengkap yang dikhususkan untuk kegunaan atlet kurang upaya.KEDAH PERKASAKAN ATLET PARA KE SUKMA 2026ALOR SETAR - 22 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 21%u201cPembangunan Pusat Kecemerlangan Sukan OKU adalah salah satu langkah yang membuktikan jabatan dan kerajaan negeri serius dalam mempertingkatkan jumlah atlet dan prestasi atlet OKU negeri Kedah,%u201d 
                                
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26