Page 23 - Demo
P. 23
Usaha berterusan Kerajaan Negeri Kedah dalam memperkukuhkan hasil negeri menunjukkan peningkatan konsisten dari tahun ke tahun.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peningkatan ini mencerminkan usaha berterusan bagi mencapai sasaran RM1 bilion pada tahun 2028.%u201cBagi mencapai hasrat ini, kerajaan sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk mengenal pasti sumber hasil baru,%u201d ujarnya.Tambahnya, antara sumber hasil baru yang telah dikenal pasti adalah galian unsur nadir bumi (REE).Sanusi menjelaskan, meskipun perkara tersebut telah dikenal pasti, namun kerajaan negeri tidak dapat meneruskan aktiviti tersebut disebabkan tiada Standard Operasi Prosedur (SOP) daripada pihak Kementerian.Jelasnya, cadangan bagi pembatalan dasar ke-12 telah disuarakan berkali-kali pada sesi libat urus bersama kerajaan Persekutuan.%u201cKita akan terus beri kerjasama dan menanti SOP yang akan dikemukakan oleh kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hasil baru REE.%u201cKita juga akan buat semakan hasil tanah negeri Kedah, menguatkuasakan kutipan duti hiburan bagi aktiviti hiburan yang belum dikenakan duti, dan mengenal pasti hasil-hasil baru serta semakan semula kadar hasil sedia ada bagi jabatan pemungut hasil di negeri ini,%u201d jelasnya.Jelasnya lagi, pendekatan yang sistematik dan pelaksanaan yang berkesan perlu dilakukan dalam usaha memastikan pertumbuhan hasil yang mampan.%u201cKerajaan dalam merealisasikan sasaran ini bergantung kepada kerjasama menyeluruh daripada semua pihak, termasuk jabatan dan agensi kerajaan. Komitmen dan usaha kolektif daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai kutipan hasil RM1 bilion menjelang tahun 2028 dapat direalisasikan,%u201d ucapnya.KEDAH SASARKAN RM1 BILION MENJELANG 2028ALOR SETAR - 23 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 22Sumber: Google

