Page 24 - Demo
P. 24


                                    Jawatankuasa Pertanian Negeri Kedah telah mengorak langkah dengan menyusun atur kerjasama dengan Agensi Nuklear dan UITM untuk menjalankan uji kaji benih padi yang bakal dilaksanakan di tapak Pusat Padi Kedah Tobiar.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani, ianya selaras dengan titah KDYMM Tuanku Sultan Kedah, berkenaan saranan agar pihak MADA dan MARDI meningkatkan usaha dalam melaksanakan kajian dalam penghasilan benih padi yang berkualiti.Tambah beliau, perancangan pihak Jawatankuasa Pertanian Negeri Kedah untuk mewujudkan kawasan bagi tujuan penyelidikan berkaitan padi sedang berjalan di kawasan seluas 20.5 hektar di Kampung Sungai Mati Tobiar, Pendang, serta di beberapa kawasan terbiar lain.%u201cBeberapa pertemuan dan lawatan tapak telah diadakan bersama-sama pihak Agensi Nuklear dalam mengenalpasti ciri-ciri benih padi yang bakal dikeluarkan nanti, benih padi tersebut haruslah mempunyai ciri-ciri benih yang berkualiti seperti tahan penyakit, akar pokok padi yang kuat untuk mengelakkan mudah rebah, serta berkualiti dari segi penghasilan berat padi tersebut.%u201cSetakat ini, hanya benih padi Variety NMR 152 sahaja yang dikeluarkan oleh Agensi Nuklear yang sesuai dengan kebanyakkan jenis dan struktur tanah sawah padi di negeri Kedah,%u201d ujarnya dalam sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Jelas beliau, terdapat beberapa syarikat swasta dan GLC yang menguji kaji produk berkaitan pertanian di tapaktapak tersebut antaranya Malaysian NPK Fertilizer NAFAS, Eco Way Organic dan Syarikat Racun Bayer.Katanya lagi, tujuan diadakan test plot ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti teknologi dan cara pertanian yang terkini, yang dapat dikongsi bersamasama petani dan pesawah sekitar.%u201cBerikutan lawatan saya ke Pusat Kajian Pertanian Organik Terpadu (PKPOT) di Malang Indonesia barubaru ini juga telah mengenalpasti variati benih padi baharu yang boleh digunapakai oleh petani-petani di negeri ini, iaitu HMS700 dan HMS70D dan usaha untuk menguji kaji benih tersebut akan bakal dilaksanakan tidak lama lagi.%u201cInilah antara usaha yang sedang pihak saya laksanakan demi menjadikan subsektor pertanian iaitu padi agar terus kekal relevan untuk diusahakan, ini kerana ramai petani dan pesawah yang merungut berkenaan benih UJI KAJI BENIH PADI BAKAL DILAKSANAKAN DI PUSAT PADI KEDAH, TOBIARALOR SETAR - 23 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 23
                                
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28