Page 25 - Demo
P. 25


                                    Langkah menangani isu banjir dan mitigasi perubahan iklim giat dilaksanakan kerajaan negeri melalui pelbagai projek yang melibatkan peruntukan berjumlah RM60.2 juta.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria berkata, kerjasama erat kerajaan negeri dan pihak kementerian khususnya PETRA telah membuahkan hasil menerusi pelaksanaan pelbagai projek seperti Rancangan Tebatan Banjir (RTB), Projek keselamatan empangan, naik taraf infrastruktur banjir serta program pemuliharaan muara sungai.Tambahnya, antara inisiatif lain termasuk kerja pemuliharaan akibat banjir, pembangunan denai sungai kebangsaan bagi kawalan kepada pencemaran sungai dan risiko banjir, pemuliharaan hakisan pantai, peningkatan kapasiti fasiliti taman laut, pembangunan punca air bumi, pembaikan jambatan, projek jeti nelayan, perolehan tanah, sistem perparitan serta Skim Pemindahan Air Jeniang fasa 1.%u201cSelain itu, kerajaan negeri melalui agensi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah merancang Pembangunan Infrastruktur SABO Negeri Kedah 2035 (PICK 2035) dengan sasaran pembinaan tambahan 8 buah struktur SABO yang akan melibatkan kerjasama dan pertukaran kepakaran, perkongsian teknologi dalam menangani bencana,%u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Jelasnya, kerajaan negeri melalui Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Bahagian Bekalan Air (BBA) turut melaksanakan Kajian Pembangunan Baraj Pantai Perai, Kajian Pembangunan Kolam TAPS dan Projek Pembinaan TAPS di beberapa kawasan terpilih.%u201cDunia kita pada hari ini berdepan dengan realiti perubahan iklim yang tidak boleh dipandang enteng. Kerajaan negeri melalui kerjasama pelbagai agensi telah mengambil pelbagai inisiatif bagi mengatasi perubahan iklim yang mendadak,%u201d ujarnya.Jelasnya lagi, keberhasilan pelaksanaan perancangan ini akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat negeri Kedah.%u201cOleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama samada kerajaan negeri, agensi, mahupun rakyat untuk melaksanakan langkah persediaan awal yang menyeluruh dan berkesan seperti penambahbaikan infrastruktur dan sistem amaran awal dan pengukuhan pusat pemindahan sementera oleh agensi yang berkaitan,%u201d ucapnya.KERAJAAN KEDAH KOMITED ATASI BANJIR, PERUBAHAN IKLIMALOR SETAR - 23 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 24Sumber: Google
                                
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29