Page 26 - Demo
P. 26
Exco Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato%u2019 Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali memaklumkan bahawa struktur dan bilangan Majlis Ketua Kampung (MKK) di seluruh negeri akan disemak semula berdasarkan data terkini serta dapatan daripada Bengkel Verifikasi Sempadan MKK bersama Penghulu dan wakil-wakil MKK.Katanya, MKK hanya ditubuhkan di kampungkampung yang terletak di luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dalam parlimen luar bandar.%u201cNamun, sekiranya terdapat kampung yang terletak di luar kawasan operasi PBT di dalam parlimen bandar, kampung tersebut akan diambil kira sebagai MKK. %u201cMKK boleh ditubuhkan di kampung yang mempunyai bilangan penduduk lebih 1,000 orang atau 200 buah rumah bagi kampung di semenanjung Malaysia.%u201cBagi penubuhan MKK yang kurang daripada 1,000 orang atau 200 buah rumah, perlulah menyediakan justifikasi kepada pejabat daerah untuk penilaian,%u201d jelas beliau.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Ashah menjelaskan bahawa sehingga APRIL 2025, sebanyak 1,240 MKK telah diwujudkan di seluruh 12 daerah di Kedah, melibatkan hampir 1,100 kampung termasuk Kampung Melayu dan Kampung Baru.%u201cKerajaan negeri menyarankan agar Ahli-Ahli Yang Berhormat (YB) yang terlibat dapat berbincang dengan pejabat daerah masing-masing bagi mengemaskini sempadan kampung serta melakukan penyusunan dan rombakan jumlah MKK di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.%u201cPenyusunan semula ini penting untuk memastikan struktur pentadbiran kampung kekal relevan dengan situasi dan keperluan semasa, sekaligus menjamin keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada penduduk,%u201d tambah beliau lagi.Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa lantikan MKK bagi sesi baharu akan disemak semula secara menyeluruh bagi mengelak pertindihan dan kekeliruan sempadan serta kuota.STRUKTUR DAN BILANGAN MKK NEGERI KEDAH AKAN DISEMAK SEMULABALOR SETAR- 23 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 25

