Page 27 - Demo
P. 27
Seramai 45,000 pekerja yang sedang bekerja di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), 75 peratus daripadanya adalah anak Kedah.Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kemasukan pelaburan berskala besar khususnya di tahun 2024 telah membawa kepada terciptanya hampir 10,000 peluang pekerjaan baharu.Tambah beliau, tahun 2024 merupakan tahun yang cukup cemerlang buat negeri Kedah dengan mencatat prestasi pelaburan yang amat memberangsangkan iaitu berjumlah RM45.8 bilion dan secara khususnya RM44.1 bilion dalam sektor pembuatan. %u201cKita berusaha agar anak negeri diberi ruang bagi membolehkan mereka mendapat manfaat atas pembangunan negeri Kedah,%u201d ujarnya dalam sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Jelasnya lagi, bagi tempoh 29 tahun penubuhan KHTP dari 1996 hingga 2024, jumlah pelaburan yang direkodkan ialah RM181.5 bilion.Manakala, jumlah pelaburan masuk untuk tempoh lima tahun terkini (2020-2024) di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar, telah merekodkan jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak RM132 bilion.Katanya lagi, kerajaan juga sedang menggerakkan usaha untuk mengangkat Kedah Rubber City (KRC) menjadi sebuah kejayaan baharu buat Kedah.%u201cKRC yang disasarkan menjadi hub industri getah berteknologi tinggi negara dan dalam segitiga pertumbuhan IMT-GT berpotensi menarik pelaburan bernilai sekitar RM15 bilion ke RM20 bilion serta dijangka mampu mencipta sekitar 15,000 peluang pekerjaan menjelang 2035,%u201d katanya.YB Dr Haim Hilman Abdullah juga berkesempatan membentangkan berkenaan Zon Ekonomi Sempadan Khas Bukit Kayu Hitam (SBEZ BKH) dan kawasan perindustrian yang lain di Kedah semasa lawatannya ke Shenzen, China.Katanya, difahamkan Shenzen akan mengeluarkan sejumlah pelaburan sekitar RM100 bilion.75 PERATUS TENAGA KERJA DI KHTP ADALAH ANAK KEDAHALOR SETAR - 25 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 26Sumber: Google

