Page 29 - Demo
P. 29
Kerajaan Negeri Kedah mengemukakan tuntutan balas berjumlah RM200 juta kepada Kerajaan Persekutuan sebagai ganti rugi kehilangan hasil cukai tanah, terutamanya melibatkan kawasan tanaman padi.Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tuntutan itu dibuat berdasarkan penilaian mekanisme tertentu yang telah diambil kira dan bukannya penolakan terhadap cadangan insentif khas sebanyak RM41 juta yang dikemukakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).%u201cKita punya tuntutan adalah berdasarkan kehilangan yang telah kami (negeri Kedah) alami selama ratusan tahun, dengan nilai cukai tanah terendah untuk tanahtanah padi yang terpaksa dikekalkan demi kepentingan negara dan rakyat di negara ini.%u201cMaka, kami (negeri Kedah) mohonlah supaya dipertimbangkan perkata tersebut (tuntutan RM200 juta),%u201d jelasnya.Beliau berkata demikian sewaktu Sidang Media selepas selesai Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Tambahnya, perbahasan yang dibangkitkan adalah berkenaan kehilangan hasil daripada cukai tanah akibat pengekalan kawasan tanah padi yang dikenakan cukai paling rendah.%u201cProjek-projek itu bukan kita tak mahu, kita ucap terima kasih kepada keprihatinan Persekutuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan membangunkan infra terkini.Jelasnya, dengan pertambahan melalui keperluan pengurusan, kenaikan gaji serta pertambahan penduduk di negeri Kedah, maka perlu ada pertambahan hasil seperti yang disasarkan sebanyak RM1 bilion menjelang tahun 2028.%u201cJadi, apa yang boleh mendatangkan hasil kepada kita, kita bawakan, kerana kita ada asas dan perkara-perkara yang kita pertimbangkan sebelum kita buat tuntutan,%u201d ujarnya.KERAJAAN NEGERI KEMUKAKAN TUNTUTAN RM200 JUTA, NAFI TOLAK RM41 JUTAALOR SETAR - 23 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 28Sumber: Google

