Page 28 - Demo
P. 28
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) telah meluluskan pelaksanaan Skim Elaun Kewangan Sukarelawan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah bagi tahun 2024 dengan menggunakan peruntukan sedia ada di bawah B15 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah.Skim ini bertujuan memperkukuh penglibatan masyarakat dalam kesukarelaan selaras dengan Dasar Kebajikan Negara 1990 yang menekankan semangat bantu-membantu dan kesejahteraan komuniti.Menurut Exco Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato%u2019 Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali, sehingga Julai 2024, seramai 606 individu telah berdaflar sebagai sukarelawan di bawah JKM Kedah, dengan 224 daripadanya aktif menyertai Program Khidmat Bantu DiRumah (KBDR).%u201cSkim ini akan melibatkan 10 orang sukarelawan daripada Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Masyarakat Daerah (PSKMD) bagi setiap 12 daerah, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 120 orang sukarelawan bagi tempoh 12 bulan,%u201d katanya.Beliau berkata demikian mewakili Exco Kebajikan, YB Dato%u2019 Hajah Halimaton Shaadiah Saad ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Tambah beliau, penglibatan sukarelawan akan dilaksanakan secara bergilir, manakala pemberian elaun kewangan akan berdasarkan sistem pengumpulan mata daripada penyertaan dalam program-program anjuran PSKMD yang disahkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil tindakan berhubung isu pencerobohan tanah di daerah Pendang yang melibatkan kawasan jajaran paip gas milik Petronas.Menurut EXCO Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria, pihaknya telah memaklumkan kepada Petronas untuk segera menjalankan pemeriksaan serta mengambil langkah kawalan di kawasan terbabit.Jelas beliau, tanah yang diceroboh itu terletak sepanjang laluan Kampung Sungai Jagung hingga Kampung Padang Pusing dan mengandungi paip gas milik Petronas.%u201cBerdasarkan hasil semakan dengan Pegawai Daerah Pendang, tanah itu merupakan tanah kosong dan berdekatan dengan rizab jalan.%u201cKita ambil maklum isu ini dan meminta Petronas untuk kawal selia semula kawasannya supaya tidak berlaku isu yang sama seperti di Putra Height,%u201d ujarnya dalam Sidang Media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Mansor turut mencadangkan supaya Utiliti Infra Darul Aman (UiDA) menjalinkan kerjasama dengan Petronas dalam menjalankan pemetaan semula kawasan berkenaan agar sebarang perancangan pembangunan dapat dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan.SKIM ELAUN SUKARELAWAN DIPERKENAL: PERKASA KHIDMAT SOSIAL KOMUNITI KEDAHPIHAK PETRONAS AKAN MEMBUAT PEMERIKSAAN DI KAWASAN PENCEROBOHAN TANAH PENDANGALOR SETAR - 23 APRIL 2025 ALOR SETAR - 23 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 27

