Page 14 - Demo
P. 14
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202512ALOR SETAR - Pembangunan Kulim Hi-Tech Park 2 (KHTP 2) akan menjadi kenyataan dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) dan SD Guthrie Berhad bagi meneroka pembangunan taman perindustrian di Kulim.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, menerusi MoU tersebut, kedua-dua pihak akan menilai potensi pembangunan sehingga 1,000 ekar dalam Estet Bukit Selarong milik Guthrie, yang keseluruhannya berkeluasan 6,357 ekar dan terletak dalam Koridor Perindustrian Kulim (KIC).Menurutnya, tempoh MoU selama enam bulan akan dimanfaatkan bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan merangkumi perolehan dan pembangunan tanah, sumbangan kewangan, kelulusan kawal selia, pemasaran dan jualan serta inovasi dan teknologi.%u201cMoU tersebut merupakan langkah awal ke arah pembentukan KHTP 2, yang akan menjadi kesinambungan kepada KHTP sedia ada.%u201cPemeteraian MoU ini juga adalah %u2018setting point%u2019 kepada pelaksanaan KHTP 2 yang telah lama dirancang,%u201d katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani dokumen di Wisma Darul Aman, hari ini.KTPC diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Zaid Abdul Jalil manakala SD Guthrie diwakili Ketua Pegawai Pengurusan Tanah, Khairil Anuar Sadat Salleh.Hadir sama menyaksikan pertukaran dokumen tersebut ialah Pengerusi Guthrie, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani.Sanusi yang merupakan Pengerusi KTPC memaklumkan, untuk fasa pertama, 420 ekar akan dimulakan dahulu sebelum diperluaskan kepada 1,000 ekar.KTPC, SD GUTHRIE METERAI MOU TEROKA PEMBANGUNAN KHTP 27 DISEMBER 2025

