Page 15 - Demo
P. 15
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202513%u201cKita berbangga dapat bekerjasama dengan SD Guthrie untuk bangunkan tanah mereka di Kulim. Jika sektor ini memberikan pulangan lebih baik daripada perladangan, sudah tentu mereka akan teroka lebih luas lagi,%u201d katanya.Sanusi berkata, keseluruhan kawasan yang dikenal pasti adalah sesuai bagi pembangunan KHTP 2 dan berada dalam zon pertumbuhan pesat berhampiran KHTP 1.%u201cKulim dikhususkan sebagai kluster industri negeri ini, semua aktiviti ekonomi berasaskan industri akan disalurkan ke daerah tersebut.%u201cKerajaan negeri terbuka meneroka kerjasama dengan mana-mana pemilik tanah termasuk Guthrie melalui model usaha sama (JV) untuk mencapai situasi %u2018menang-menang%u2019,%u201d ujar beliau.Sementara, Nik Norzrul Thani berharap MoU itu dapat mengukuhkan hubungan strategik antara Guthrie dan kerajaan negeri, selaras dengan aspirasi negara untuk muncul sebagai hab ekonomi dan teknologi bertaraf dunia.%u201cKerjasama ini bertujuan memanfaatkan sumber tanah milik Guthrie serta kepakaran KTPC dalam pengurusan taman perindustrian, bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Kedah serta aspirasi perindustrian negara.%u201cSelepas usaha sama di Negeri Sembilan melibatkan NS Corporation, serta di Johor dengan Permodalan Darul Ta%u2019zim Sdn Bhd, kami berbesar hati menandatangani MoU ini di mana KTPC bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memainkan peranan penting dalam pembangunan industri di Kedah.%u201cMenerusi inisiatif ini, kami berharap memperoleh pengalaman berharga dalam pembangunan perindustrian berskala besar di samping memperkukuh komitmen terhadap kelestarian dan inovasi,%u201d tambah beliau.MoU yang berkuat kuasa selama enam bulan ini menyediakan kerangka rundingan lanjut ke arah pemeteraian perjanjian muktamad.

