Page 16 - Demo
P. 16
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202514ALOR SETAR - Anak-anak syarikat kerajaan negeri perlu berfungsi sebagai penjana pendapatan kepada kerajaan, bukan menjadi liabiliti yang menunggu bantuan.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, antara kaedah utama melonjakkan ekonomi negeri ialah melalui pengukuhan anak syarikat agar mampu menjalankan perniagaan serta menjana keuntungan yang akhirnya dipulangkan kembali kepada kerajaan.%u201cAnak syarikat ditubuhkan untuk bantu kerajaan, bukan syarikat itu ditubuhkan supaya dibantu. Yang banyak sekarang ini, menubuhkan syarikat untuk dibantu, kalau asyik nak dibantu, baik kita tutup,%u201d katanya ketika berucap merasmikan %u2018Kursus Lembaga Pengarah Kumpulan PKNK 2025%u2019 bertemakan %u2018Bagaimana Lembaga Pengarah Boleh Membentuk Kejayaan Masa Depan%u2019, di sini, hari ini.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato%u2019 Wira Isahak Murat.Sanusi yang juga Pengerusi PKNK berkata, banyak anak syarikat kini menunjukkan perkembangan positif dan mula mencatat k e u n t u n g a n , b e r b a n d i n g sebelumnya.%u201cSaya harap perkembangan positif itu berterusan untuk dorong syarikat-syarikat kita menjadi penyumbang kepada kerajaan negeri,%u201d katanya.Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan pelbagai inisiatif termasuk pemberian tanah strategik dan projek-projek kerajaan untuk membantu anak syarikat yang dibelenggu hutang lama.%u201cAda syarikat yang hutangnya lama tak terbayar. Kita bantu dengan beri projek supaya mereka boleh jana pendapatan dan bayar balik pinjaman. Saya harap akan bermula episod menyeronokkan, apabila syarikat mula bayar balik hutang dan menyumbang kepada kerajaan,%u201d ujarnya.Tambah beliau, antara penyumbang b e s ar i a l a h P K N K y an g menyumbang RM6 juta pada tahun ini dan menyasarkan RM10 juta pada 2026, selain beberapa syarikat kerajaan lain yang turut mencatat sumbangan besar seperti Lembaga Sumber Air Kedah sebanyak RM20 juta tahun lalu.%u201cSemua peluang perniagaan dan pelaburan mesti dimanfaatkan untuk menambah pendapatan kerajaan agar dapat disalurkan semula kepada 2.2 juta rakyat Kedah. Setiap sen yang kita jana mesti dipulangkan kembali dalam pelbagai bentuk manfaat,%u201d katanya.Dalam ucapannya, Sanusi turut ANAK SYARIKAT PERLU JANA PENDAPATAN UNTUK KERAJAAN, BUKAN DIBANTU - SANUSI8 DISEMBER 2025

