Page 17 - Demo
P. 17


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202515mengingatkan ahli lembaga pengarah agar memainkan peranan penting dalam memastikan strategi t a dbi r u r us t i d a k hany a merangkumi aspek keuntungan semata-mata tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat.%u201cPeranan lembaga pengarah penting dalam membentuk strategi organisasi, memastikan strategi dilaksanakan dengan berkesan dalam memastikan kejayaan jangka panjang. Keseimbangan antara penglibatan strategik lembaga dan peranan pengurusan penting, kita perlu hati-hati untuk tidak langkaui batas pengurusan,%u201d jelas beliau.Sanusi turut menyentuh isu pelantikan politik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menurutnya menjadi punca lembaga pengarah gagal berfungsi.%u201cRamai dilantik bukan dalam bidang sesuai. Akhirnya jadi pak turut pengurusan, datang mesyuarat ambil elaun dan balik. Ini berlaku puluhan tahun,%u201d tegasnya.Beliau berkata, sejak mengambil alih pentadbiran pada 2020, k e r a j a a n n e g e r i m u l a mengutamakan p elantikan berasaskan merit, keupayaan sebenar dan profesionalisme, bukan atas kepentingan politik.%u201cSaya terpaksa buat begitu untuk menjadikan negeri ini, kerajaan negeri mahupun GLC serta rakyat lebih baik daripada sebelumnya, langkah ini perlu dilakukan.%u201cMaka tempat-tempat penting dalam syarikat utama diisi individu yang ada keupayaan dan kemampuan untuk memimpin syarikat membuat keputusan besar supaya dapat capai matlamat syarikat,%u201d katanya.Sanusi turut mengingatkan ahli lembaga pengarah bukan eksekutif tidak boleh mengarahkan pengurusan di luar batas kuasa, sebaliknya keputusan hanya boleh dibuat dalam mesyuarat lembaga pengarah.%u201cAhli lembaga pengarah syarikat perlu meningkatkan keupayaan diri, jangan hanya bersandar kepada kedudukan,%u201d katanya.Beliau turut menekankan keperluan lembaga pengarah memahami peranan, meningkatkan kemahiran serta bersedia menghadapi risiko dan krisis yang tidak pasti.Mengakhiri ucapan, Sanusi menyatakan keyakinan bahawa kerjasama antara sektor awam, swasta dan korporat akan terus mendorong tadbir urus berkesan, termasuk melalui inisiatif %u2018The Greater Kedah 2050%u2019.%u201cDengan sokongan semua pihak, lebih banyak kejayaan mampu dicapai pada masa depan,%u201d katanya.
                                
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21