Page 18 - Demo
P. 18


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202516ALOR SETAR - Kompleks Ukir Mall akan diberi nafas baharu menerusi penjenamaan semula dan akan dikenali sebagai Ukir Arena.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, usaha tersebut antara langkah untuk mengaktifkan semula kompleks tersebut sebagai lokasi tumpuan rakyat Kedah.%u201cKita mahu beri %u2018vibe%u2019 baharu. Ukir Mall bukan lagi kompleks yang sunyi, tetapi Ukir Arena akan muncul sebagai pusat yang aktif dan menjadi tumpuan rakyat. Kita ubah tempat ini kepada arena untuk pelbagai kegiatan ekonomi, sukan, kesihatan, sosial dan macammacam lagi,%u201d katanya.Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap merasmikan Kursus Lembaga Pengarah Kumpulan PKNK 2025 bertemakan %u2018Bagaimana Lembaga Pengarah Boleh Membentuk Kejayaan Masa Depan%u2019 di sini, hari ini.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato%u2019 Wira Isahak Murat.Sanusi yang juga Pengerusi PKNK berkata, penjenamaan semula itu dilakukan bagi mengubah persepsi bahawa Ukir Mall sebelum ini sepi dan kurang dikunjungi.%u201cDi sini terdapat ruang dewan yang sesuai dijadikan pusat pengajian pada masa depan, selain menempatkan pelbagai kemudahan baharu yang bakal diperkenalkan,%u201d ujar beliau.Sanusi berkata, transformasi itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam meningkatkan infrastruktur dan menyediakan kemudahan lebih baik kepada penduduk tempatan.%u201cKita akan angkat semula Ukir Mall menjadi satu venue tumpuan seluruh rakyat Kedah selepas ini, Insya-ALLAH,%u201d ujarnya.Ukir Mall ketika ini dikenali sebagai pusat membelibelah dan akan menjalani transformasi sebagai Ukir Arena sebagai pusat aktiviti pelbagai fungsi, termasuk penganjuran acara e-sukan, sewaan dewan, program masyarakat dan majlis kenduri kahwin, sekali gus mengembalikan semula denyut nadi kawasan tersebut sebagai pusat komuniti.UKIR MALL DIJENAMAKAN SEBAGAI UKIR ARENA, PUSAT AKTIVITI RAKYAT KEDAH8 DISEMBER 2025
                                
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22