Page 19 - Demo
P. 19


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 2025178 DISEMBER 2025ALOR SETAR - Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) memperkemaskan struktur dan peranan sebagai peneraju pembangunan ekonomi negeri dan pemangkin agenda besar %u2018The Greater Kedah%u2019.Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato%u2019 Wira Isahak Murat berkata, pelaksanaan transformasi tersebut menuntut penyusunan semula strategi, fokus dan tadbir urus agar PKNK benar-benar berperanan sebagai tulang belakang pembangunan Kedah.%u201cPKNK kini berada di pertengahan pelaksanaan Pelan Transformasi PKNK 2024-2028 yang menjadi panduan untuk kembalikan PKNK sebagai agensi utama pembangunan negeri, sekaligus menjadi penggerak The Greater Kedah,%u201d katanya ketika berucap pada Kursus Lembaga Pengarah Kumpulan PKNK 2025 bertemakan %u2018Bagaimana Lembaga Pengarah Boleh Membentuk Kejayaan Masa Depan%u2019, dirasmikan Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini.Menurut Isahak, PKNK telah menetapkan beberapa bidang keutamaan selari dengan Pelan Kedah 2035, antaranya pembangunan kawasan industri di Kulim Hi Tech Park (KHTP), Bukit Kayu Hitam dan Sungai Petani sebagai pusat pertumbuhan baharu.%u201cTumpuan lain termasuk perladangan sawit moden dan teratur, meliputi pembekalan benih berkualiti tinggi, pengurusan ladang dan operasi kilang memproses sawit. Perkhidmatan melalui syarikat kumpulan seperti Kedah Medical Centre (KMC) dan Kedah Management Service Sdn Bhd (KMS) yang menyumbang nilai tambah kepada ekonomi negeri.%u201cSektor lain, pembangunan hartanah termasuk perumahan mampu milik, pelancongan terutama pembangunan aset Gunung Jerai serta penganjuran acara pelancongan.%u201cPembangunan usahawan muda sebagai generasi peneraju ekonomi baharu serta penerokaan sektor digital, logistik dan industri halal bagi memastikan PKNK kekal relevan dalam ekonomi masa depan,%u201d ujar beliau.Isahak memaklumkan, kajian PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah PKNK menunjukkan kekuatan PKNK sahaja tidak mencukupi untuk mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di bawah agenda The Greater Kedah.%u201cSebab itu usaha mesti digerakkan secara kolektif oleh semua GLC negeri. Bila kita bergabung kekuatan, impaknya lebih besar dan lebih cepat,%u201d katanya.PKNK PERKEMAS STRUKTUR, FOKUS LONJAK AGENDA %u2018THE GREATER KEDAH%u2019
                                
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23