Page 20 - Demo
P. 20
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202518Tambah beliau, bagi menyokong transformasi itu, PKNK melaksanakan penyusunan semula struktur termasuk, mengkategorikan anak syarikat kepada A, B, C dan D mengikut prestasi serta potensi.%u201cLangkah lain, menggubal Polisi Pelantikan Pengarah Nominee dan Polisi Pelantikan Pengurusan Tertinggi untuk memastikan standard profesional lebih tersusun.%u201cMelaksanakan polisi bisnes sinergi, polisi dividen serta menggiatkan aktiviti syarikat dormant yang berpotensi selain laksanakan proses %u2018strike off %u2019 bagi syarikat dormant yang tidak lagi relevan,%u201d katanya.Isahak tegaskan, setiap anak syarikat wajib mencapai Penunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan, bukan hanya dari segi keuntungan tetapi juga sumbangan sosial kepada masyarakat.%u201cKerjasama dengan pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) digalakkan bagi melaksanakan program komuniti, membaik pulih rumah serta menyokong kebajikan dan pembangunan ekonomi setempat,%u201d ujarnya.Beliau berkata, PKNK turut menaja pelajar melalui Program Skill Sejahtera sebagai usaha pembangunan bakat untuk masa depan anak-anak Kedah sejak 2024.%u201cAnak syarikat perlu terus menyokong program sebegini kerana ia pelaburan jangka panjang untuk negeri,%u201d ujarnya.Menurut Isahak lagi, sejak 2024, PKNK mula melihat kesan positif dalam tadbir urus, proses keputusan dan prestasi anak syarikat, namun potensi yang lebih besar masih belum diterokai sepenuhnya.%u201cSyarikat-syarikat kita boleh pergi lebih jauh jika setiap pengarah berperanan secara lebih aktif, strategik dan berdisiplin.%u201cKursus lembaga pengarah antaranya bertujuan untuk menyelaraskan pemahaman, mengukuhkan peranan fiduciary serta memastikan semua ahli lembaga bergerak pada gelombang yang sama.%u201cIni adalah pelaburan kepimpinan untuk memacu PKNK ke arah masa depan yang lebih besar,%u201d katanya.

