Page 33 - Demo
P. 33


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 31SIK - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Kedah mengadakan Program Kebajikan dan Advokasi Perundangan %u2018Kedah Sejahtera : Rakyat Disantuni%u2019 bagi menyantuni golongan sasar dan rakan strategik jabatan sempena bulan kemerdekaan.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato%u2019 Hajjah Halimaton Shaadiah Saad, penganjuran program itu memberi tumpuan kepada kesedaran dan cakna masyarakat awam berkaitan aspek perundangan di bawah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (BPU) JKMN Kedah yang melibatkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308), Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506), Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) dan Akta Orang Papa 1977 (Akta 183).%u201cProgram ini akan menjadi serampang dua mata iaitu pelaksanaan penyampaian perkhidmatan jabatan atau agensi menerusi pelaksanaan aktiviti yang digerakkan secara bersama dan program memupuk semangat cintakan negara sempena bulan kemerdekaan,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian dalam Program Kebajikan dan Advokasi Perundangan JKMN Kedah Tahun 2025 di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), di sini, hari ini.Jelasnya, bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, JKMN Kedah mengadakan Konvoi Bermotosikal bermula pada 25 Ogos di Daerah Kubang Pasu sehingga 26 Ogos 2025 di Daerah Sik.Tambah beliau, program itu disusuli dengan lawatan ke rumah klien bagi penyampaian bakul makanan dan sumbangan kewangan.%u201cPemilihan lokasi program di Daerah Kubang Pasu adalah bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Changlun dan di Daerah Sik pula bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sik.%u201cDua lokasi ini dipilih kerana Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (BPU) JKMN Kedah sedang di dalam proses menjalankan advokasi pendaftaran Pusat Jagaan ke atas PPDK di negeri Kedah,%u201d kata beliau.JKMN SANTUNI GOLONGAN SASAR DAN RAKAN STRATEGIK JABATAN SEMPENA KEMERDEKAANSIK - 26 OGOS 2025
                                
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37