Page 34 - Demo
P. 34
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 32SIK %u2013 Kerajaan Negeri Kedah terus komited menjadikan dasar berkebajikan sebagai teras pentadbiran sejak Mei 2020 dan akan diteruskan pada masa hadapan selagi diberi mandat.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, komitmen ini dizahirkan melalui slogan %u201cKedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua%u201d yang menekankan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang.%u201cKita juga memperkenalkan satu lagi slogan iaitu %u2018Kedah Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Menabur Bakti%u2019.%u201cTujuannya adalah untuk memupuk sikap berkasih sayang, bertanggungjawab dan bantu-membantu antara orang yang berkemampuan dengan mereka yang kurang berkemampuan,%u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kebajikan dan Advokasi Perundangan %u2018Kedah Sejahtera: Rakyat Disantuni%u2019 2025 di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Sik.Tambahnya, dasar berkebajikan ini telah diamalkan sejak dahulu dan kekal menjadi agenda utama kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat.Jelasnya lagi, pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk program advokasi perundangan dan kebajikan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab sosial.Beliau turut mengingatkan pemimpin masyarakat agar memahami dasar kerajaan dan menunaikan tanggungjawab bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat.%u201cOrang kaya bertolak ansur dan mengasihi orang miskin. Orang miskin pula akan menghargai, menghormati dan mengasihi orang kaya.%u201cInilah yang ingin kita pupuk dalam slogan yang kita gagaskan sejak lima tahun lalu,%u201d ucapnyaDASAR BERKEBAJIKAN TERAS PENTADBIRAN NEGERI KEDAHSIK - 26 OGOS 2025

