
SULTAN KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H/2026M
ALOR SETAR – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M di Masjid Zahir di sini, hari ini.
Kira-kira lebih 1,500 penduduk negeri Kedah dari pelbagai peringkat umur bersama Tuanku menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dan diikuti bacaan khutbah yang bertajuk “Erti Pengorbanan” yang di imamkan oleh Imam Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad secara berjemaah bersama-sama Keluarga DiRaja Kedah, Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Berangkat hadir sama Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin; Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Syafinaz Almarhum Sultan Abdul Halim.
Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Dr Syeikh Fadzil Awang dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
Sumber: Warta Kedah




Comments are closed